ONE STOP CENTRE!!!

          
    Dalam usaha meningkatkan kecekapan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan, BPH telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan Pusat Perkhidmatan BPH yang telah mula beroperasi di Jalan P11j, Presint 11, Putrajaya. Inisiatif ini merupakan hasil inovasi yang dicetuskan dalam memudahkan pelanggan berurusan dengan BPH serta memudahkan akses kepada penggunaan kemudahan di bawah seliaan BPH meliputi Rumah Transit, Gelanggang, Dewan dan sebagainya


          Operasi Pusat Perkhidmatan atau One Stop Centre telah bermula pada 11 April 2011. Senarai perkhidmatan BPH yang boleh dilaksanakan di Pusat Perkhidmatan ini adalah seperti berikut :

  • Permohonan dan pembayaran rumah transit
  • Permohonan dan pembayaran Rumah Peranginan Persekutuan
  • Pengambilan surat tawaran, kunci kuarters dan pembayaran deposit (secara temujanji)
  • Permohonan, penyewaan dan pembayaran gelanggang, dewan, khemah     dan peralatan majlis (kerusi/meja)
  • Aduan (perkhidmatan dan kerosakan) 
  • Temujanji pemeriksaan keluar kuarters
  • Bayaran bil utiliti (IWK)
  • Permohonan dan Pengambilan Pelekat Kenderaan Kuarters


Waktu Operasi : 

Isnin - Jumaat
9.30 pagi - 6.30 petang
Sabtu (Minggu Ke-2 dan Ke-4)
9.00 pagi - 1.00 petang

Klik pada gambar untuk besarkan gambar

Alamat: 
Pusat Perkhidmatan BPH
Jalan P11j, Presint 11, Putrajaya

Telefon:
03-88730041

Faksimili : 
03-88730042

Emel : 
osc@bph.gov.my  
www.bph.gov.my

    22 comments:

    1. peta tu susah nak baca/faham....

      ReplyDelete
    2. Replies
      1. Mohon BPH sentiasa pantau segala aduan trhadap kontraktor yg dilantik.apartment 5R3 blok D dh sebulan air slow.takde tindakkan apa-apa.

        Delete
    3. inovasi ke jika guna pakai resit tulis?

      ReplyDelete
    4. Papan tanda arah/signboard atau warna pintu pusat operasi yang kurang jelas.

      ReplyDelete
    5. Salam 1 Malaysia,

      Informasi baru...tahniah.
      Cuma kalau boleh letakkanlah gambar-gambar luar dan dalam OSC.
      Dan juga nama atau gambar petugas di OSC.

      Salam ceria...warga prihatin...

      ReplyDelete
    6. BUKAK LE KT PRESINT DIPLOMATIK SKALI. BARU LA MENYELURUH(SEMUA TEMPAT ADE SERVIS BPH)..NK MASUK PARKING KT BPH PARCEL B PUNYA LE PAYAH..NK KENA AMBIK PAS, PASTU NK KENA JLN KE B3 PUN PUNYER LE JAUH DR KAUNTER GUARD DEPAN NU... TQ

      ReplyDelete
    7. nak kena pakai skema lg,slipa xle,adoyai

      ReplyDelete
    8. As Salam..mohon ambil tindakan atau pikirkan jalan penyelesaian kepada pemilik kucing yang memerlihara kucing tanpa sangkar.. tindakkan ini myebabkan bau najis kucing dan najis bersepah di merata rata tempat malah di depan pintu rumah tingkat satu pun ada najis kucing, menyebabkan saya terpaksa meletakkan rak kasut di dalan rumah. lagi satu masalah air paip yg kotor dan keruh sehingga jika di isi di dalam gelas kaca akan nampak seperti air sungai yg berkelodak...lokasi Fasa4A presint 8 sebelah Pasar Basar presint 8.

      ReplyDelete
    9. Salam... saya nak tanya berkenaan dengan permohonan rumah transit putrajaya... macam mana hendak memohon? Berapa bayarannya? Bolehkah booking Hari sabtu dan ahad ?

      ReplyDelete
    10. Salam... saya nak tanya berkenaan dengan permohonan rumah transit putrajaya... macam mana hendak memohon? Berapa bayarannya? Bolehkah booking Hari sabtu dan ahad ?

      ReplyDelete
    11. saya nak tanya. Saya dah naik gred. dah mohon untuk pertukaran kuaters mengikut gred. saya dah pon buat permohonan. Call hq selalu tak berjawap. Macam mana cara yang cepat untuk mengetahui status permohonan saya.

      ReplyDelete
      Replies
      1. tak berjawab? dh berapa kali call??? staff kat hq busy sgt kot. xpe kalau call tak dapat, boleh pegi terus ke hq buat semakan.

        Delete
    12. salam...sy try bt panggilan 03-88730041 takde dalam perkhidmatan..mohon admin update yer...TQ

      ReplyDelete
    13. salam, mohon pihak BPH tolong tengok sikit masalah yg penduduk kuarter alami ni. Jgn lepas tangan dekat pihak maintenance. di kuarters saya zon 6b, presint 11 asyik tiada air sahaja kebelakangan ni. (sejak projek pembangunan kondo kt depan tu dilakukan) Pastu pulak air xd tiba2 je, xd notis apapun. Apa masalahnya? pagi2 orang nk pegi kerja, budak nk pergi sekolah, tiba2 xd air. Tolong BPH ambil perhatian tentang perkara ini.

      ReplyDelete
    14. Salam, mohon pihak bph pantau bilik2 paip, telefon dan bilik letrik di zon 6B, blok A.. Ada pihak yang menggunakan bilik berkenaan sebagai bilik stor dan bilik meletak barangan kitar semula. Mohon diambil perhatian.

      ReplyDelete
    15. Salam tuan/puan, saya ada membuat tempahan rumah transit dan telah membuat pembayaran..pemohonan juga telah diluluskan..boleh saya tahu langkah seterusnya terutamanya cara pengambilan kunci rumah transit tersebut. terima kasih

      ReplyDelete
    16. sungguh memalukan BPH tak update laman ni..sejak tahun 2011 sampai sekarang cite dah basi...kalau tak nak buat kerja baik tutup saja laman ni..memalukan org kerajaan!!!

      ReplyDelete
    17. Salamat pagi hari ini ada buka?

      ReplyDelete
    18. blog ni aktif ke tak?no respond.ambil kunci rumah transit kat mana?

      ReplyDelete
    19. Salam nak tanya macam mana nak mohon sewa dewan untuk sehari..
      Dimana saya kene pergi mohon.

      ReplyDelete
    20. salam. nk tanya adakah pusat perkhidmatan bph di presint 11 beroperasi pada waktu tengahari iaitu pukul 1-2 ptg pada hari bekerja?

      ReplyDelete